Tampilkan postingan dengan label PEPERIKSAAN. Tampilkan semua postingan
Tampilkan postingan dengan label PEPERIKSAAN. Tampilkan semua postingan

Jawatan Kosong Di Majlis Peperiksaan Malaysia (MPM)



Majlis Peperiksaan Malaysia ialah sebuah Badan Berkanun di bawah Kementerian Pelajaran Malaysia ingin mempelawa warganegara Malaysia yang berumur 18 tahun ke atas dan berkelayakan untuk mengisi kekosongan jawatan seperti berikut:

1. Penolong Akauntan

Borang Permohonan MPM 1 boleh diperolehi daripada Majlis Peperiksaan Malaysia, Bahagian Pengurusan Personel dan Pentadbiran, Persiaran 1, Bandar Baru Selayang, 68100 Batu Caves, Selangor Darul Ehsan atau mencetak sendiri daripada laman web www.mpm.edu.my. Borang ini juga
boleh difotostat.

Borang permohonan yang telah lengkap hendaklah di hantar kepada:

Ketua Eksekutif
Majlis Peperiksaan Malaysia
Bangunan MPM, Persiaran 1
Bandar Baru Selayang
68100 Batu Caves
Selangor Darul Ehsan
(u.p: Bahagian Pengurusan Personel dan Pentadbiran)

TARIKH TUTUP PERMOHONAN: 4 DISEMBER 2012

Maklumat lanjut jawatan sila klik sini
Borang permohonan sila klik sini

Jawatan Kosong Majlis Peperiksaan Malaysia (MPM)



Majlis Peperiksaan Malaysia ialah sebuah Badan Berkanun di bawah Kementerian Pelajaran Malaysia ingin mempelawa warganegara Malaysia yang berkelayakan untuk mengisi kekosongan jawatan-jawatan tetap seperti berikut:


1.Penolong Pegawai Peperiksaan
2.Pembantu Makmal
3.Pengawal Keselamatan

MUAT TURUN SYARAT DAN LANTIKAN

MUAT TURUN BORANG PERMOHONAN

Tarikh tutup permohonan: 23 Oktober 2012

IKLAN TAWARAN KHIDMAT PEMBANTU PENGAWAS PEPERIKSAAN AKHIR OKTOBER 2012 (UITM)

jawatan kosong ined uitm

IKLAN TAWARAN KHIDMAT PEMBANTU PENGAWAS PEPERIKSAAN AKHIR OKTOBER 2012

1. Calon yang berkelayakan adalah diperlukan untuk mengisi jawatan di atas mengikut syarat-syarat perlantikan seperti berikut:

a) Warganegara Malaysia (Bumiputera)

b) Permohon mestilah berumur 17 tahun ke atas tetapi tidak melebihi 30 tahun pada tarikh permohonan dibuat. Pemohon yang belum mencapai umur 18 tahun hendaklah mendapat kebenaran ibu/bapa/penjaga.

c) Sihat tubuh badan

d) Keutamaan akan diberi kepada anak-anak staf UiTM. Ahli keluarga yang lain atau kenalan juga boleh dipertimbangkan. Staf UiTM yang terbabit akan dianggap sebagai rujukan perwatakan permohon.

e) Kelayakan minimum sekurang-kurangnya tamat tingkatan 5 atau mempunyai SPM atau setaraf dengannya.

f) Pelajar UiTM / Bekas pelajar UiTM / Staf Akademik UiTM tidak dibenarkan memohon.

g) Calon-calon hendaklah komited dengan bidang tugas.

h) Pihak UiTM boleh menamatkan tempoh perkhidmatan Pembantu Pengawas pada bila-bila masa, jika didapati melanggar etika dan peraturan yang ditetapkan.


2. Taraf jawatan – Sambilan (mengikut tempoh peperiksaan iaitu bermula dari 01/10/2012 hingga21/10/2012 : termasuk Sabtu & Ahad)

3. Kadar Elaun – RM4.00 sejam (8.00 pagi – 6.00 petang : tidak termasuk waktu rehat)

4. Calon yang berminat sila dapatkan Borang Permohonan di www.ined.uitm.edu.my atau di: 

PUSAT PENGAJIAN PRA/DIPLOMA
INSTITUT PERKEMBANGAN PENDIDIKAN (InED)
DW9, INTEKMA RESORT & CONVENTION CENTER
40000 UiTM SHAH ALAM, SELANGOR DARUL EHSAN
(PN NORITA SAPIEN:  5522 5393)


5. Tarikh tutup permohonan : 08 September 2012

6. Borang permohonan yang lengkap diisi hendaklah dikembalikan kepada Pusat Pengajian Pra/Diploma, InED sebelum atau pada 17 September 2012


Borang Permohonan -> Sila klik di sini