JAWATAN KOSONG DI USIM

Jawatan Kosong Di USIM Ogos 2012
Pusat Pengajian Teras mempelawa calon-calon yang berkelayakan untuk mengisi kekosongan jawatan:

FASILITATOR (B. ARAB DAN B. INGGERIS) BAGI PROGRAM LANGUAGE SUPPORT PROGRAMME (ALSP1 DAN ELSP1) SESI AKADEMIK 2012/2013

A. SYARAT-SYARAT LANTIKAN


  1. Warganegara Malaysia/ Pemastautin Malaysia (PR); atau
  2. Bagi calon luar negara (pelajar pasca siswazah Universiti Sains Islam Malaysia, USIM) perlu mendapatkan sokongan kuat daripada Dekan dan Penyelia; dan
  3. Berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh permohonan; dan
  4. Memiliki ijazah sarjana muda kepujian dalam bidang-bidang berkaitan Bahasa Malaysia/ Bahasa Arab/ Bahasa Inggeris/ Pengajian Islam atau lain-lain bidang berkaitan daripada institusi-institusi pengajian tinggi tempatan atau luar negara yang diiktiraf oleh kerajaan atau kelayakan lain yang diiktiraf setaraf dengannya; dan
  5. Bagi calon rakyat Malaysia perlu mendapat kepujian Bahasa Melayu (termasuk lulus Ujian Lisan) pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan; dan
  6. Berpengalaman mengajar subjek-subjek dalam bidang-bidang berkatain Bahasa Malaysia/ Bahasa Arab/ Bahasa Inggeris/ Pengajian Halaqah adalah satu kelebihan.

B. CARA-CARA MEMOHON 
  1. Permohonan hendaklah menggunakan borang yang boleh dimuat turun di sini.
  2. Borang-borang yang sempurna diisi hendaklah disertakan gambar berukuran pasport terkini, dan juga SALINAN PHOTOSTAT Kad Pengenalan, Sijil SPM, Sijil Keputusan Peperiksaan-Peperiksaan, Diploma atau Ijazah beserta salinan transkrip yang lengkap yang telah diakui salinan sah (Kumpulan A – Kumpulan Pengurusan dan Profesional).
  3. Hanya calon-calon yang berkelayakan selepas ditapis dan didapati sesuai sahaja akan dipanggil untuk temuduga. [Sekirannya permohonan yang tidak menerima sebarang jawapan selepas dua bulan dari tarikh tutup iklan adalah dianggap sebagai tidak berjaya].
  4. PERMOHONAN YANG LENGKAP HENDAKLAH DIHANTAR KEPADA:
Penyelaras Unit Bahasa Arab / Penyelaras Unit Bahasa Inggeris
Pusat Pengajian Teras
Aras 1, Bangunan Fakulti Ekonomi dan Muamalat
Universiti Sains Islam Malaysia
71800 Bandar Baru Nilai
Negeri Sembilan Darul Khusus
(u.p : Pengambilan Fasilitator LSP)

Sebelum atau pada : 24 Ogos 2012 (Jumaat)
Untuk makluman, program ini akan berlangsung pada 6 & 7 September 2012 (ALSP1) dan 8 & 9 September 2012 (ELSP1).
Fasilitator dikehendaki mengendalikan 10 JAM Latihan Dalam Kumpulan (LDK) dengan kadar bayaran RM50.00 sejam.