JAWATAN KOSONG DI UNIVERSITI PERTAHANAN NASIONAL MALAYSIA (UPNM)

jawatan kosong upnm ogos 2012

UNIVERSITI PERTAHANAN NASIONAL MALAYSIA adalah sebuah Institusi Pengajian Tinggi Awam di Malaysia yang ditubuhkan di bawah Akta Universiti dan Kolej Universiti 1971 ingin mempelawa warganegara Malaysia yang berkelayakan untuk mengisi jawatan-jawatan seperti berikut :-

JAWATAN AKADEMIK:
1.Pensyarah Perubatan DU45, DU51/52, DU53/54, VK7, VK6, VK5
2.Pensyarah Universiti DS45, DS51/52, DS53/54,VK7, VK6, VK5

JAWATAN BUKAN AKADEMIK:
1 Pegawai Tadbir N52
2 Pegawai Tadbir N48
3 Pegawai Tadbir N44
4 Penolong Pegawai Tadbir N27
5 Setiausaha Pejabat N27
6 Juruteknologi Pergigian U29
7 Jururawat Pergigian U29
8 Pembantu Tadbir Kewangan W22
9 Pembantu Perpustakaan S17
10 Pembantu Tadbir Kewangan W17
11 Pengawal Keselamatan KP11

1. TARAF JAWATAN - Semua jawatan akan dilantik secara Tetap/Kontrak/Sementara/Sambilan.
2. UMUR -  Pemohon hendaklah berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh lantikan. Pegawai yang sedang berkhidmat hendaklah berumur kurang daripada 54 tahun pada tarikh lantikan.

3. CARA MEMOHON

i) Bagi semua permohonan jawatan, segala maklumat boleh didapati melalui sistem e-recruitment UPNM. Sila daftar login anda di alamat:  http://erecruitment.upnm.edu.my dan lengkapkan maklumat permohonan dan  resume anda secara online.

ii) Dokumen asal dan salinan yang telah disahkan seperti berikut hanya perlu dikemukakan pada hari temuduga :-
a) Kad Pengenalan / Pasport
b) Sijil – sijil Akademik (UPSR/PMR/SPM/STPM/Sijil/Diploma/Sarjana Muda/Sarjana/Ph.D)
c) Sijil – sijil Ko-kurikulum
d) Salinan rekod perkhidmatan yang telah dikemas kini (bagi penjawat awam)
e) Salinan Laporan Penilaian Prestasi Tahunan yang terkini (bagi penjawat awam)
f) Testimonial/Pengesahan Kerja daripada majikan (bagi pekerja swasta)
g) Salinan slip gaji terakhir
iii) Hanya calon yang di senarai pendek sahaja akan dipanggil temu duga. Pemohon yang tidak menerima apa-apa jawapan dalam masa enam (6) bulan selepas tarikh tutup iklan adalah dianggap tidak berjaya.

4. Tarikh tutup permohonan jawatan bukan  akademik ialah pada  1 SEPTEMBER 2012.  Bagi jawatan Akademik, tempoh permohonan adalah sepanjang tahun.