Program Pendidikan Kemahiran Ketukangan TNB
Program Pendidikan Kemahiran Ketukangan (PPKK) Kemasukan 2012/2013
Tenaga Nasional Berhad mempelawa warganegara Malaysia yang berkelayakan untuk memohon mengikuti Program Pendidikan Kemahiran Ketukangan (PPKK). Latihan intensif dalam kelas dan latihan di tempat kerja (On Job Training) selama enam (6) bulan akan dijalankan di TNB Integrated Learning Solution Sdn Bhd - ILSAS, Bangi dan di Stesen/Jabatan TNB yang lain.
Peserta yang terpilih akan diwajibkan menandatangani satu dokumen perjanjian penajaan pengajian TNB. Semasa di TNB Integrated Learning Solution Sdn Bhd - ILSAS, peserta program akan dibayar Elaun Sara Diri sebanyak RM60.00 sebulan manakala makan/minum serta penginapan asrama disediakan. Peserta akan di bayar Elaun Sara Diri sebanyak RM25.00 sehari semasa menjalani latihan di tempat kerja (On Job Training - OJT) di stesen/jabatan TNB terpilih.
Peserta yang berjaya menamatkan program akan diberi pertimbangan ditawarkan jawatan Tukang Tingkatan Biasa “B” gred TT05 (RM1,100 – RM2,150)
Pemohon-pemohon yang disenarai pendek akan dijemput ke sesi pemilihan bagi tujuan untuk menentukan kesesuaian mereka dengan program yang dipohon.
Sekiranya permohonan tidak dijawab dalam masa 6 (enam) bulan dari tarikh tutup iklan, permohonan dianggap tidak berjaya.
Bidang Tugas
Syarat Kelayakan
1. Memiliki Sijil Kejuruteraan Elektrik / Elektrik dan Elektronik dari Politeknik/Kolej Komuniti dengan CGPA diantara 2.00 hingga 2.49 atau Sijil MLVK/SKM Tahap 2 & 3 (Elektrikal) atau Sijil Pendawaian (PW 2/PW 3/PW 4) atau Sijil Penjaga Jentera (Chargeman) AO dan A1.
2. Memiliki Sijil Pelajaran Malaysia atau Sijil Pelajaran Vokasional Malaysia (SPM/SPVM) dengan syarat minimum lulus enam (6) mata pelajaran termasuk tiga (3) mata pelajaran berikut :
· Bahasa Melayu
· Matematik
· Sains/Fizik
3. Umur tidak melebihi 27 tahun pada 31 Disember 2012.
4. Sihat tubuh badan dan tidak rabun warna.
5. Anak-anak pekerja/pesara LLN/TNB yang memenuhi syarat syarat di atas digalakkan memohon.
6. Tawaran ini terbuka kepada calon-calon lelaki sahaja.
Tarikh Tutup: 19 Dec 2012
Maklumat lanjut dan permohonan sila klik sini