JAWATAN KOSONG DI LEMBAGA PERUMAHAN PERUMAHAN MELAKA



Permohonan adalah dipelawa daripada warganegara Malaysia yang berkelayakan dan berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan untuk mengisi jawatan berikut :
 
 Nama Jawatan : Timbalan Pengarah Eksekutif
Kekosongan : 1 Kekosongan
Klasifikasi Perkhidmatan : Terbuka
Kumpulan Perkhidmatan : Pengurusan dan Profesional
Gred : 48
Taraf Jawatan : Kontrak/Tetap
Kementerian/Jabatan : Lembaga Perumahan Melaka
 
Syarat Lantikan
 
1. Calon bagi lantikan hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut :
 
a) Warganegara Malaysia;
b) Berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan;
c) Ijazah Sarjana Muda yang diiktiraf oleh kerajaan daripada institusi-institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan;dan
d) lulus Bahasa Melayu (termasuk lulus Ujian Lisan) pada peringkat 
SPM atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan. 
 
Permohonan
 
1.Pemohon hendaklah mengemukakan resume yang lengkap berserta sijil-sijil yang diakui sah seperti mana syarat-syarat yang ditetapkan dan hendaklah dihantar ke alamat berikut :
 
Pengarah Eksekutif
Lembaga Perumahan Melaka
Aras 10, Menara MITC
Jalan Konvensyen, Kompleks MITC
75450 Ayer Keroh, Melaka
 
2. Tarikh tutup permohonan ialah pada 7 Disember 2012