Jawatan Kosong Di Perbadanan Kemajuan Kraftangan Malaysia



Kraftangan Malaysia mempelawa warganegara Malaysia yang berumur tidak kurang dari 18 tahun dan tidak melebihi 54 tahun semasa iklan ditutup serta berkelayakan dan bermotivasi tinggi untuk mengisi jawatan berikut di Perbadanan Kemajuan Kraftangan Malaysia : -

1. JURUTERA (AWAM / MEKANIKAL)
2. JURUTEKNIK (AWAM / MEKANIKAL)
3. PEMBANTU AKAUNTAN

CARA MEMOHON: 

Permohononan hendaklah dibuat menggunakan Borang UPSM/BKP/2007 yang boleh diperolehi di Ibu Pejabat Perbadanan Kemajuan Kraftangan Malaysia atau dimuat turun daripada laman web http://www.kraftangan.gov.my

Borang yang lengkap diisi hendaklah dihantar dan disertakan bersama-sama dengan salinan kad pengenalan, sijil kelahiran, salinan sijil persekolahan, sijil berhenti sekolah dan sijil-sijil berkaitan yang telah DISAHKAN. Permohonan lewat tidak akan dipertimbangkan

Permohonan dari mereka yang sedang berkhidmat dalam Perkhidmatan Awam, Badan Berkanun atau Pihak Berkuasa Tempatan mestilah melalui Ketua Jabatan masing-masing dengan menyertakan salinan Kenyataan Perkhidmatan dan Laporan Nilaian Prestasi Tahunan terkini.

ALAMAT DAN TARIKH TUTUP PERMOHONAN:

Sila nyatakan nama jawatan yang dipohon pada sebelah kiri sampul surat. Permohonan hendaklah dikemukakan selewat-lewatnya pada 24 DISEMBER 2012 (ISNIN) dan dialamatkan kepada:

KETUA PENGARAH
PERBADANAN KEMAJUAN KRAFTANGAN MALAYSIA
SEKSYEN 63, 
JALAN CONLAY, 
50450 KUALA LUMPUR
(u.p : Unit Pengurusan Sumber Manusia)

CATATAN AM

Pemohon-pemohon yang tidak menerima jawapan selepas enam (06) bulan dari tarikh tutup iklan adalah dianggap tidak berjaya.

Muat turun IKLAN JAWATAN KOSONG
Muat turun BORANG PERMOHONAN