Jawatan Kosong Di Universiti Malaya (UM)



WARGANEGARA MALAYSIA yang berkelayakan adalah dipelawa untuk memohon jawatan berikut:

1. PENOLONG PEGAWAI SAINS GRED C27

Syarat Lantikan :

(i) diploma dalam bidang sains yang diiktiraf oleh kerajaan daripada institut-institut pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf denganya; atau

(ii) diploma dalam teknologi makmal yang diiktiraf oleh kerajaan daripada institut-institut pengajian tinggi temoatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya; atau

(iii) diploma dalam bidang kimia industri atau mikrobiologi yang diiktiraf oleh kerajaan daripada institut-institut pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.

MAKLUMAT AM DAN CARA MEMOHON

TARAF JAWATAN : TETAP/KONTRAK

PENGIKTIRAFAN KELAYAKAN :

Kelayakan akademik yang dikemukakan bagi menyokong permohonan hendaklah diiktiraf oleh Kerajaan.

PENAKLUKAN DI BAWAH SYARAT SKIM PERKHIDMATAN :

Pegawai yang memasuki perkhidmatan bagi jawatan di atas adalah tertakluk kepada syarat Skim Perkhidmatan berkenaan yang sedang berkuatkuasa serta pindaan yang dibuat ke atasnya dari semasa ke semasa.

CARA MEMOHON :

1. Calon diminta supaya mengisi borang permohonan dengan lengkap secara online dengan melayari http://e-recruitment.um.edu.my/, termasuk di bahagian kelayakan akademik. Kegagalan anda berbuat demikian atau permohonan yang tidak memenuhi syarat kelayakan atau permohonan selain daripada online atau didapati mengemukakan maklumat yang tidak benar boleh menyebabkan permohonan tidak akan dipertimbangkan.

2. Bagi calon yang sedang berkhidmat dengan Kerajaan/Badan Berkanun/Pihak Berkuasa Tempatan/Swasta perlu mengisi Borang Pengesahan Ketua Jabatan - Lampiran Y (yang boleh diperolehi daripada http://e-recruitment.um.edu.my) dan menghantarnya ke alamat berikut selewat-lewatnya 31.12.2012:

Ketua Penolong Pendaftar (Pelantikan)
Bahagian Sumber Manusia
Aras 6, Bangunan Canseleri
Jabatan Pendaftar, Universiti Malaya
50603 Kuala Lumpur

Catatan : Sila tulis nama penuh dan jawatan yang dipohon pada bahagian atas sebelah kiri sampul surat.

3. Calon yang dipanggil temuduga dikehendaki mengemukakan dokumen berikut semasa menghadiri temuduga;

(a) Resume (sila cetak dari e-recruitment)

(b) Salinan setiap sijil (yang telah disahkan) beserta sijil asal.

(c) Laporan Penilaian Prestasi dan Kenyataan Perkhidmatan (bagi pegawai-pegawai yang sedang berkhidmat dengan Kerajaan/Badan Berkanun dan Pihak Berkuasa Tempatan).

4. Tarikh iklan bermula pada 11.12.2012 dan Tarikh tutup permohonan ialah pada 24.12.2012

CATATAN AM :

1. Hanya calon yang layak selepas tapisan sahaja akan dipanggil untuk temuduga.

2. Permohon yang tidak menerima sebarang jawapan selepas 2 bulan dari tarikh tutup iklan hendaklah menganggap bahawa permohonan mereka tidak berjaya.

3. Sebarang pertanyaan boleh dibuat dengan menghubungi taian 03-79677786/3257.

Sumber : http://www.um.edu.my/