Kekosongan Jawatan Di MAKTAB KOPERASI MALAYSIA



Jawatan Kosong Di Maktab Koperasi Malaysia November 2012

MAKTAB KOPERASI MALAYSIA
Kekosongan Jawatan  

BilJAWATANGREDKUMPULAN
PERKHIDMATAN
KLASIFIKASI
PERKHIDMATAN
TARAF
JAWATAN
GAJI HARIAN
(BERDASARKAN KELAYAKAN AKADEMIK)
KEKOSONGAN/ PENEMPATAN
1.
Pegawai Latihan
E41
Pengurusan & Profesional
Ekonomi
Sambilan
Ijazah Sarjana Muda
RM 100.00
STPM / Diploma
RM 72.00
1 Kekosongan di MKM
Petaling Jaya
2.
Pegawai
Penerbitan
N41
Pengurusan & Profesional
Pentadbiran & Sokongan
Sambilan
1 Kekosongan di MKM
Petaling Jaya
3.
Penolong Pegawai Tadbir
N27
Sokongan
Pentadbiran & Sokongan
Sambilan
1 Kekosongan di MKM Caw. Timur, Bera, Pahang



SYARAT-SYARAT LANTIKAN:
JAWATAN 1
Calon bagi lantikan hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut:-
(a) warganegara Malaysia;
(b) berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan;
(c) (i) Ijazah Sarjana Muda Pengurusan Perniagaan yang diiktiraf oleh kerajaan daripada institusi-institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya;
(ii) Ijazah Sarjana Muda Ekonomi yang diiktiraf oleh kerajaan daripada institusi-institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya;
(iii) Ijazah Sarjana Muda dalam pengkhususan "English Language and Literature" atau "TESL" yang diiktiraf oleh kerajaan daripada institusi-institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
(Keutamaan diberikan kepada calon yang mempunyai kemahiran dalam Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris)
DAN Kepujian Bahasa Malaysia/Bahasa Melayu(termasuk lulus ujian Lisan) pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf dengannya oleh kerajaan.



JAWATAN 2
Calon bagi lantikan hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut:-
(a) warganegara Malaysia;
(b) berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan;
(c) (i) ijazah sarjana muda yang diiktiraf oleh kerajaan daripada institusi-institusi pengajian tinggi tempatan atau Diploma Sebaran Am daripada UiTM atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya; atau
(ii) ijazah sarjana muda yang diiktiraf oleh kerajaan daripada institusi-institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya serta Diploma Percetakan daripada London College of Printing atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya; atau
(iii) ijazah sarjana muda kepujian yang diiktiraf oleh kerajaan daripada institusi-institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
(Keutamaan diberikan kepada calon yang mempunyai kemahiran Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris serta berpengalaman dalam bidang penterjemahan).
DAN kepujian Bahasa Malaysia/Bahasa Melayu(termasuk lulus ujian Lisan) pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan.

JAWATAN 3
Calon bagi lantikan hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut:-
(c) warganegara Malaysia;
(d) berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan;
(e) (i) Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan; atau
(ii) Diploma dalam bidang pentadbiran awam yang diiktiraf oleh kerajaan daripada institusi-institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya; atau
(iii) Diploma dalam bidang pengurusan harta benda yang diiktiraf oleh kerajaan daripada institusi-institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya;
DAN kepujian Bahasa Malaysia/Bahasa Melayu(termasuk lulus ujian Lisan) pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan.

CARA MEMOHON:
a)       Permohonan hendaklah menggunakan borang yang boleh didapati di Laman Web MKM. Di penjuru sebelah kiri sampul surat hendaklah ditulis jawatan yang dipohon; atau
b)       Calon-calon juga boleh membuat permohonan secara`online’ melalui portal Job Malaysia Kementerian Sumber Manusia dengan melayari laman web www.jobsmalaysia@mohr.gov.my
c)       Tarikh tutup permohonan ialah pada   05 Januari 2013.
d)       Semua permohonan hendaklah disertakan dengan salinan sijil yang diakui sah dan juga gambar berukuran pasport yang terbaru dan dialamatkan kepada:
KETUA PENGARAH
MAKTAB KOPERASI MALAYSIA
PETI SURAT 60, 103 JALAN TEMPLER 
46700 PETALING JAYA
SELANGOR DARUL EHSAN
(u/p : Unit Sumber Manusia)
PERHATIAN
Hanya calon yang layak selepas tapisan sahaja akan dipanggil untuk temu duga.

DOWNLOAD BORANG PERMOHONAN