Jawatan Kosong Di Yayasan Dakwah Islamiah



Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) dengan ini mempelawa caloncalon Warganegara Malaysia yang berkelayakan untuk mengisi kekosongan jawatan-jawatan berikut di Tadika YADIM Putrajaya.

PENGETUA TADIKA GRED S41 

JADUAL GAJI MM GRED S41 :
P1 1,908.45 – 5,466.95 
P2 2,015.37 – 5,781.39 
P3 2,127.01 – 6,122.73 

SYARAT LANTIKAN 

Calon bagi lantikan hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut:- 
  1. Berumur tidak kurang dari 25 tahun  dan tidak lebih dari 40 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan; 
  2. Ijazah Sarjana Muda/ Ijazah sarjana Muda kepujian  dalam Pendidikan Awal Kanak-Kanak yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada InstitusiInstitusi Pengajian Tinggi tempatan atau kelayakan  yang diiktiraf setaraf dengannya atau; 
  3. Diploma dalam Pendidikan Awal Kanak-Kanak diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya 
  4. Mempunyai pengalaman dan pengetahuan yang luas dalam bidang pendidikan awal kanak-kanak dan Lulus Bahasa Melayu (termasuk Ujian Lisan pada peringkat SPM)
PERMOHONAN 
  1. Borang permohonan jawatan boleh didapati daripada mana-mana pejabat YADIM. Atau boleh didapati melalui laman web : www.yadim.com.my 
  2. Borang permohonan hendaklah lengkap diisi dengan terang. 
  3. Semua borang permohonan hendaklah disertakan dengan gambar terkini berukuran pasport, sesalinan surat beranak, kad pengenalan, sijil-sijil akademik dan persekolahan yang telah disahkan daripada salinan asal. 
  4. Semua permohonan hendaklah dialamatkan kepada: 
Yang Dipertua 
Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia 
Kompleks Pusat Islam 
Jalan Perdana 
50480 Kuala Lumpur. 
(U.p : Unit Perancangan dan Perjawatan,  
          Bahagian Pengurusan Sumber Manusia) 

Permohonan yang lewat dan tidak lengkap tidak akan diterima dan dipertimbangkan. 
Sila tulis nama jawatan yang dipohon di sebelah atas atas kiri sampul surat