JAWATAN KOSONG DI MAJLIS DAERAH LIPIS


Permohonan adalah dipelawa daripada Warganegara Malaysia ( keutamaan rakyat Negeri Pahang serta penduduk Daerah Lipis ) yang berkelayakan dan berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan untuk mengisi kekosongan jawatan berikut di Majlis Daerah Lipis, Kuala Lipis, Pahang Darul Makmur.

1.PEGAWAI KHIDMAT PELANGGAN GRED N17
2.PEKERJA AWAM GRED R1
3.TUKANG MASAK GRED N17
4.PEMBANTU AM PEJABAT GRED N1

Semua permohonan hendaklah menggunakan Borang MDL. Jawat 1/00 yang boleh didapati dari Kaunter Khidmat Pelanggan, Majlis Daerah Lipis, 27200 Kuala Lipis, Pahang Darul Makmur.

Semua permohonan hendaklah dihantar  kepada :- 
   
Yang Dipertua, 
 Majlis Daerah Lipis, 
 Aras 4, Bangunan Lipis Centrepoint, 
 27200 Kuala Lipis, 
 Pahang Darul Makmur.

Sebelum atau pada  :  24 OGOS 2012