JAWATAN KOSONG DI UITM PUNCAK ALAM



Permohonan adalah dipelawa kepada calon-calon Bumiputera warganegara Malaysia yang berkelayakan untuk mengisi kekosongan jawatan seperti berikut di UiTM Kampus Puncak Alam dan Puncak Perdana secara kontrak.

PENOLONG PEGAWAI PERUBATAN GRED U29

SYARAT PELANTIKAN 

Calon bagi lantikan jawatan di atas mestilah memiliki kelayakan seperti berikut:-

(a) Warganegara Malaysia;

(b) Berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan;

(c) Diploma Pembantu Perubatan daripada Kolej Pembantu Perubatan Kementerian Kesihatan Malaysia yang diiktiraf oleh Kerajaan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya serta telah berdaftar dengan Lembaga Pembantu Perubatan Malaysia.

(Gaji permulaan ialah pada RM1687.59);

dan

(d) Lulus Bahasa Malaysia/Bahasa Melayu (termasuk lulus Ujian Lisan) pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.

PERHATIAN KEPADA PEMOHON

(a) Setiap permohonan MESTILAH disertai dengan salinan sijil-sijil yang disahkan.

(b) Hanya permohonan yang disenarai-tapis sahaja akan dipanggil untuk temuduga.

(c) Pemohon-pemohon yang tidak menerima jawapan selepas tiga (3) bulan dari tarikh tutup iklan jawatan adalah dianggap tidak berjaya.

CARA-CARA MEMBUAT PERMOHONAN

Permohonan hendaklah dibuat dengan mengisi Borang Perjawatan Universiti Teknologi MARA yang boleh diperoleh dengan melayari laman sesawang UiTM Kampus Puncak Alam di http://puncakalam.uitm.edu.my/ atau boleh mengambil sendiri di Pejabat Penolong Naib Canselor, UiTM Kampus Puncak Alam. Sila kemukakan permohonan kepada:-

TIMBALAN PENDAFTAR KANAN
(KAMPUS PUNCAK ALAM DAN PUNCAK PERDANA)
UiTM KAMPUS PUNCAK ALAM
42300 BANDAR PUNCAK ALAM
SELANGOR DARUL EHSAN 



No. Telefon: 03-32584012, 32584021, 32584003

Tarikh tutup permohonan adalah pada hari Rabu, 31 Oktober 2012.