JAWATAN KOSONG DI UNISZA
Universiti Sultan Zainal Abidin merupakan sebuah Institusi Pengajian Tinggi Awam yang ditubuhkan dibawah Akta Universiti dan Kolej 1971, dengan ini mempelawa seluruh warganegara Malaysia yang berkelayakan berumur tidak kurang daripada 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan untuk mengisi jawatan dalam bidang berikut:
1. PENSYARAH UNIVERSITI DS45/DS51/DS53/GRED KHAS C VK7.
2. PEGAWAI DIETETIK GRED U41.
CARA MEMOHON i) Pemohon boleh memohon dengan menggunakan borang yang boleh diperolehi daripada Bahagian Sumber Manusia Jabatan Pendaftar, UniSZA ATAU dengan memuatturun borang tersebut di www.portal.unisza.edu.my dan memilih pautan di bawah ii) Borang permohonan yang telah lengkap diisi beserta sijil-sijil akademik hendaklah dihantar kepada Bahagian Sumber Manusia pada atau sebelum 15 November 2012 kepada alamat di bawah: Pendaftar Universiti Sultan Zainal Abidin Imperial House Lot 3921, Jalan Batas Baru 20300 Kuala Terengganu (u.p: Bahagian Sumber Manusia) iii) Permohonan yang lewat diterima dan tidak lengkap tidak akan diproses. iv) Sebarang pertanyaan bolehlah berhubung terus dengan Encik Mohd Sayuti bin Yahya atau Puan Che Khamsah binti Mohd, Bahagian Sumber Manusia di talian / 09-630 6521/09-668 8888 PERHATIAN KEPADA PEMOHON 1. Permohonan dari mereka yang sedang berkhidmat dengan Kerajaan atau Badan-badan Berkanun mestilah melalui Ketua Jabatan dan hendaklah disertakan dengan salin perkhidmatan yang dikemaskini. 2. Hanya permohonan yang ditapis/senarai sahaja akan dipanggil untuk temuduga. Pemohon yang dipanggil temuduga perlu membawa dokumen asal dan salinan sijil-sijil yang telah disahkan dan diserahkan kepada urusetia semasa temuduga. 3. Pemohon- pemohon yang tidak menerima sebarang jawapan daripada pihak universiti selepas enam (6) bulan dari tarikh iklan ditutup hendaklan menganggap permohonan mereka TIDAK BERJAYA. |