Jawatan Kosong Kementerian Pengajian Tinggi (KPT)


Iklan Jawatan Pekerja Sambilan Harian (PSH)

Sukacita dimaklumkan bahawa Kementerian Pengajian Tinggi mempelawa semua Warganegara Malaysia yang berkelayakan untuk memohon jawatan PSH Gred 41 bagi sesi pengambilan bulan Oktober Tahun 2012.

Syarat-syarat Permohonan

  • Warganegara Malaysia
  • Memiliki Ijazah Sarjana Muda dengan Purata Nilai Gred Keseluruhan (PNGK) mencapai sekurang-kurangnya 2.5
  • Mendapat kepujian dalam Bahasa Malaysia/ Bahasa Melayu (termasuk lulus Ujian Lisan) di peringkat Sijil Pelajaran Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.
  • Mempunyai tahap kesihatan yang baik

Keutamaan Kelayakan


  • Berkebolehan bertutur dengan fasih dan menulis dengan baik dalam Bahasa Malaysia dan Bahasa Inggeris.
  • Mempunyai pengetahuan dan pengalaman tentang jenis kerja yang perlu dilaksanakan seperti pengurusan dan pentadbiran pejabat.
  • Mempunyai perwatakan & peribadi yang proaktif dan mampumenjalaskan tugas/ arahan dengan pemantauan yang minimum.

Tawaran Pelantikan

Jawatan : Pekerja Sambilan Harian (Ijazah)
Taraf Lantikan : Sambilan
Kadar Bayaran : RM 100 sehari (akan dibayar berdasarkan bilangan hari bertugas)
Waktu Bekerja : 9 jam sehari termasuk waktu rehat

Cara Memohon


  1. Permohonan hendaklah menggunakan borang seperti yang dilampirkan. (klik di sini untuk muat turun borang permohonan)
  2. Permohonan hendaklah disertakan dengan dokumen-dokumen sokongan seperti berikut:
  3. Resume
  4. Salinan kad pengenalan
  5. Salinan Ijazah beserta transkrip
  6. Salinan sijil-sijil yang berkaitan

Tarikh tutup permohonan adalah sebelum atau pada 5 Oktober 2012 (Jumaat)
Permohonan adalah dianggap tidak berjaya sekiranya pemohon tidak menerima sebarang jawapan dalam tempoh tiga (3) minggu dari tarikh tutup permohonan.

Semua permohonan yang lengkap diisi beserta dengan dokumen-dokumen sokongan yang diperlukan hendaklah dikemukakan kepada:

Setiausaha Bahagian
Bahagian Pengurusan Sumber Manusia
Kementerian Pengajian Tinggi
Aras 15, No. 2, Menara 2
Jalan P5/6, Presint 5
62200 W.P Putrajaya
(u.p.: Urusan Pengambilan PSH)

KLIK DISINI UNTUK MAKLUMAT LANJUT

MUAT TURUN BORANG PERMOHONAN