Temuduga Terbuka Sukarelawan Polis Kontijen Perlis


TEMUDUGA TERBUKA SUKARELAWAN POLIS KONTINJEN PERLIS, Polis Perlis akan mengadakan termuduga terbuka pengambilan anggota Sukarelawan Simpanan PDRM bagi Kontinjen Perlis mulai 19 hingga 22 Oktober 2012. 
Pusat Temuduga:


19.10.12 dan 20.10.12 - Kompleks latihan PDRM Kuala Perlis
21.10.12 - IPD Padang Besar
22.10.12 - IPD Arau


Syarat/Kelayakan:

1) Warganegara Malaysia.2) Mencapai umur 18 tahun dan tidak melebihi umur 35 tahun pada tarikh pengambilan.3) Lulus sijil Rendah Pelajaran, PMR atau setaraf dengannya 4) Calon-calon mestilah sekurang-kurangnya 162cm (5' 4") tinggi bagi lelaki dan 152cm (5') bagi wanita.5) Pemohon mempunyai pekerjaan dengan agensi kerajaan atau swasta perlu mengemukan surat kebenaran daripada ketua agensi berkenaan.

Faedah Perkhidmatan
  1. Elaun tugas RM6.00 sejam.
  2. Elaun motosikal RM90.00 sebulan.
  3. Elaun baju uniform RM460.00 setahun.
  4. Elaun saguhati tahunan RM520.00 setahun.
  5. Latihan menembak menggunakan senjata.
  6. Latihan tahunan 14 dibayar mengikut gaji anggota regular.
  7. Rawatan hospital setengah bayaran.
  8. Layak mendapat sumbangan Tabung Amanah Perwira.
  9. Kelengkapan uniform dibekalkan.
Individu yang berminat dan layak dijemput hadir pada jam 7.00 Pagi di pusat-pusat temuduga seperti yang dinyatakan di atas dan bawa bersama dokumen-dokumen berikut:


  1. MyKad (asal dan salinan)
  2. Sijil peperiksaan asal dan salinan
  3. Pakaian untuk ujian fizikal
  4. Gambar berukuran pasport (3 keping)