Jawatan Kosong Di K-UTECH



K-UTECH Edu Sdn. Bhd. sebuah anak syarikat milik penuh UTHM Holdings Sdn. Bhd., bertanggungjawab menjalankan program latihan dan pendidikan di Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM). K-UTECH Edu menawarkan kepelbagaian program latihan dalam semua bidang professional untuk memenuhi pengalaman individu dalam pengetahuan dan pencarian maklumat. Program utama K-UTECH Edu, iaitu PROGRAM PERSEDIAAN DIPLOMA UTHM adalah sebuah program khas yang diwujudkan oleh UTHM bertujuan untuk memberi pengukuhan asas sains yang merangkumi komponen Matematik, Bahasa Inggeris dan Sains Kejuruteraan.

1. PENGAJAR PROGRAM PERSEDIAAN DIPLOMA 2013 UTHM

K-UTECH Edu mempelawa mana-mana calon Warganegara Malaysia yang berkelayakan dalam bidang-bidang berkaitan untuk mengisi kekosongan jawatan secara KONTRAK selama 4 bulan seperti berikut: 
a. Kejuruteraan Elektrik 
b. Kejuruteraan Mekanikal 
c. Kejuruteraan Awam 
d. Teknologi Maklumat 
e. Sains Kejuruteraan 
f. Matematik 
g. Bahasa Inggeris

TANGGUNGJAWAB / SKOP TUGAS

a. Memberi kuliah dan mengurus kerja-kerja amali / tutorial berdasarkan amanah tugas yang ditetapkan. 
b. Mengendalikan kuliah / tutorial / makmal sesuai dengan silibus yang ditetapkan. 
c. Merekodkan kedatangan dan melaporkan ketidak hadiran pelajar kepada bahagian Hal Ehwal Pelajar. 
d. Menyediakan nota kursus kepada pelajar mengikut silibus yang ditetapkan. 
e. Memeriksa memberi markah dan mengembalikan kepada pelajar - ujian, kuiz, tugasan amali, kertas projek dan mempamerkan markah kerja kursus. 
f. Mengendalikan segala urusan berkaitan peperiksaan akhir : menyediakan kertas soalan, mengesahkan soalan, mengawas peperiksaan, memeriksa kertas jawapan dan mengurus segala urusan pemarkahan.

SYARAT LANTIKAN

a. Memiliki Ijazah Sarjana Muda dengan PNGK 3.00 ke atas daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau luar negara atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya dan diiktiraf oleh Lembaga Akredetasi Malaysia (MQA); dan
b. Mempunyai pengalaman mengajar sekurang-kurangnya setahun (1 tahun) di peringkat pengajian tinggi / sekolah menengah adalah diberi keutamaan ; atau,
c. Mereka yang mahir dalam bidang Kejuruteraan, Matamatik, Sains Kejuruteraan, Bahasa Inggeris, dan Teknologi Maklumat (IT).
d. Kredit Bahasa Malaysia / Bahasa Melayu (termasuk lulus Ujian Lisan) Bahasa Inggeris dan Matematik pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan.
e. Permohonan adalah terbuka kepada seluruh Warganegara Malaysia.CARA MEMOHON

•- Muat turun Borang Permohonan --> KLIK SINI.

•- Borang yang lengkap diisi berserta sijil dan dokumen yang berkaitan dan telah disahkan hendaklah dicatatkan nama jawatan di penjuru sebelah kiri atas sampul surat dan dihantar ke alamat di bawah :

K-UTECH EDU SDN BHD
Pejabat Am
Blok C, Kampus Bandar UTHM
Jalan Chempaka 1, Taman Chempaka Biru
86400 Parit Raja, Batu Pahat
Johor Darul Takzim

•Tarikh tutup: 26 November 2012

•- Borang permohonan yang tidak lengkap dan lewat tidak akan dilayan. Sebarang pertanyaan sila hubungi: 

MOHD RAFEE BIN NAYIM
Tel : 07 453 1334
Fax : 07 453 1650
E-mel : rafee.uhsb@uthm.edu.my

Sumber : http://uhsb.uthm.edu.my/kutechedu/jawatankosong/