Jawatan Kosong Di Yayasan Islam Kelantan
Permohonan adalah diperlawa daripada warganegara Malaysia yang berkelayakan dan berumur
tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan. Keutamaan kepada Rakyat Kelantan:-
1. PENYELIA ASRAMA
Borang permohonan boleh didapati di Kaunter Khidmat Pelanggan, Pejabat Yayasan Islam Kelantan pada waktu pejabat atau dengan menghantar sampul surat berukuran 32cm x 23cm beralamat sendiri dan bersetem RM1.00 dengan bayaran RM3.00 bagi setiap borang permohonan menggunakan wang pos atas nama PENGARAH, YAYASAN ISLAM KELANTAN mulai 20 November 2012.
atau
Layari portal Yayasan Islam Kelantan untuk muat turun iklan dan borang jawatan. (Permohonan menggunakan borang yang dimuat turun melalui portal perlu disertakan wang pos bernilai RM3.00).
ii) Borang permohonan yang telah lengkap diisi beserta sijil-sijil yang telah disahkan hendaklah dihantarkan ke alamat berikut:-
Pengarah
Yayasan Islam Kelantan
Peti Surat 248
15730 Kota Bharu
Kelantan.
(u.p : Unit Pengurusan Sumber Manusia)
Tarikh tutup permohonan pada 01 Disember 2012.
Maklumat lanjut jawatan sila klik sini
Borang permohonan sila klik sini