Jawatan Kosong Kementerian Pertahanan



STRIDE ingin menawarkan jawatan kosong bagi jawatan kontrak Pegawai Penyelidik Gred Q41 dan Penolong Pegawai Penyelidik Gred Q27. Tarikh tamat permohonan adalah pada 30 November 2012. 

1. Jawatan : Pegawai Penyelidik Gred Q41

Syarat Lantikan Wajib : Pemohon adalah seorang Warganegara Malaysia

Kelayakan Mempunyai Ijazah dalam bidang Electronic/Komunikasi/Instrumentasi Berpengalaman/ kemahiran dalam bidang pemasaran. Fasih dalam kedua-dua bahasa (Bahasa melayu dan bahasa Inggeris) Berumur minimum 23 tahun

Tugas dan Tanggungjawab Bertanggungjawab dalam pengoperasian harian makmal “Electromagnetic Compatibility” (EMC) Mengendalikan promosi untuk perkhidmatan EMC Berurusan terus dengan pelanggan Memantau dan menguruskan pengendalian peralatan di dalam makmal Menguruskan penyelenggaraan peralatan dari masa ke semasa.

Taraf Jawatan : Kontrak

Kekosongan : 1

2. Jawatan : Penolong Pegawai Penyelidik Gred Q27

Syarat Lantikan Wajib : Pemohon adalah seorang Warganegara Malaysia

Kelayakan Mempunyai Diploma dalam bidang Electronic/ Komunikasi/ Instrumentasi atau bidang teknikal yang setara. Berpengalaman/ kemahiran dalam bidang pemasaran. Fasih dalam kedua-dua bahasa (Bahasa melayu dan bahasa Inggeris) Berumur minimum 23 tahun.

Tugas dan Tanggungjawab
Membantu pegawai dalam pengoperasi makmal “Electromagnetic Compatibility” (EMC) , membuat promosi , pengurusan pelanggan dan tugas-tugas lain yang berkaitan.

Taraf Jawatan : Kontrak

Kekosongan : 1

CARA MEMOHON

Sediakan dokumen berikut :-

1. Butiran Peribadi (resume) berserta gambar berukuran pasport. Butiran
Peribadi ini perlu dicetak secara berwarna.

2. Semua permohonan hendaklah disertakan bersama salinan dokumen
berikut yang telah disahkan (mengikut jawatan dipohon):-
a) Sijil Kelahiran
b) Kad Pengenalan (depan/belakang)
c) Sijil Berhenti Sekolah
d) Sijil Pelajaran Malaysia (SPM)
e) Diploma/Ijazah (beserta Penyata Keputusan Peperiksaan)
f) Lain-lain dokumen sekiranya berkaitan.

3. Permohonan berserta salinan dokumen seperti di atas perlu dihantar ke alamat berikut :-

Institut Penyelidikan Sains & Teknologi Pertahanan (STRIDE)
Cawangan Pengurusan Sumber Manusia
Blok A, Kompleks Induk STRIDE,
Taman Bukit Mewah Fasa 9,
43000 Kajang,
Selangor Darul Ehsan,
Malaysia.

4. Hanya calon yang disenarai pendek sahaja akan dipanggil untuk temu duga.
Pemohon yang tidak menerima apa-apa jawapan dalam tempoh 3 bulan dari
tarikh tutup iklan adalah dianggap tidak berjaya.

5. Tarikh tutup permohonan adalah pada 30 November 2012. 

sumber iklan : http://www.mod.gov.my/images/kerjaya/jawatan%20kosong%20stride.pdf