Jawatan Kosong Di PPD Pasir Gudang



Permohonan adalah dipelawa terdiri daripada Warganegara Malaysia yang berkelayakan untuk mengisi jawatan kosong yang tersebut di bawah:-

Jawatan : Pekerja Sambilan Harian (Pegawai Khidmat Pelanggan)
Agensi : Kementerian Pelajaran Malaysia 
Kumpulan : Sokongan
Taraf Jawatan : Sambilan 
Kekosongan : Di Pejabat Pelajaran Daerah
(Batu Pahat,Pasir Gudang,Kota Tinggi dan Kulaijaya) 

Syarat Lantikan : Calon bagi lantikan hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut:-

i)Warganegara Malaysia
ii) Berbangsa Cina
iii) Berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan

iv) Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan dengan kepujian dalam Bahasa Malaysia / Bahasa Melayu pada peringkat peperiksaan tersebut atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan


Tempoh Lantikan : Selama Tiga bulan mulai November 2012 hingga Januari 2013

Gaji sehari : RM 54.00

Cara memohon : Permohonan hendaklah dikemukakan dengan menggunakan borang JPNJ/PSH/2012 dan satu (1) salinan sijil atau lain-lain dokumen yang diakui sah seperti berikut hendaklah disertakan bersama-sama dengan borang permohonan :-

a. Kad Pengenalan;
b. Sijil kelahiran;
c. Sijil-sijil persekolahan:
d. Sijil berhenti sekolah;
e. Lain-lain dokumen sokongan ; dan
f. Sekeping gambar berukuran passport (tidak akan dikembalikan)

Permohonan yang lengkap diisi bersama-sama dengan dokumen-dokumen yang berkaitan hendaklah sampai sebelum atau pada 16 November 2012 ke alamat berikut:

Pengarah Pelajaran Negeri Johor,
Jabatan Pelajaran Negeri Johor,
Jalan Tun Abdul Razak,
80604 Johor Bahru,
Johor.
(u.p: Unit Perjawatan)

 Permohonan yang dipertimbangkan

i) Hanya calon-calon yang mematuhi syarat akan dipertimbangkan.

ii) Hanya permohonan yang memenuhi syarat Asas Tapisan akan dipanggil temuduga. Pemohon yang tidak menerima sebarang makluman selepas 3 bulan daripada tarikh tutup iklan hendaklah menganggap permohonan mereka tidak berjaya.

Iklan jawatan klik sini
Borang permohonan klik sini