Jawatan Kosong Di TNB
Warganegara Malaysia yang berkelayakan adalah dipelawa untuk memohon jawatan sebagai Penolong Pegawai Perubatan di Tenaga Nasional Berhad.
Huraian Tugas & Tanggungjawab
- Mentadbir dan mengurus dispensari TNB
- Membantu Doktor dalam perawatan pesakit
- Memberi rawatan kepada pesakit luar
- Merawat kes-kes kecemasan
- Mengurus dan memberi ubat
- Menjalankan pemeriksaan makmal
- Memberi kaunseling kepada pesakit
- Bertugas atas panggilan (Stand-by)
- Memiliki kelulusan akademik di peringkat Diploma Pembantu Perubatan atau Diploma Kejururawatan daripada Institut/Kolej yang diiktiraf oleh Kementerian Kesihatan Malaysia atau setaraf dengannya
- Berdaftar dengan Lembaga Pembantu Perubatan Malaysia. (Bagi pemegang Diploma Pembantu Perubatan)
- Lulus Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dan mendapat kepujian dalam Bahasa Melayu. Bagi sijil terbuka SPM, hendaklah lulus sekurang-kurangnya enam (6) matapelajaran termasuk kepujian dalam Bahasa Melayu
- Umur tidak melebihi 55 tahun pada 01 Januari 2013
* Pesara-pesara dan bakal pesara kerajaan yang memenuhi syarat-syarat di atas adalah digalakkan memohon
Cara-cara Memohon
Calon-calon yang berminat adalah dikehendaki membuat permohonan secara ‘on-line’. Sila layari laman web http://emadis.tnb.com.my
Pemohon-pemohon yang disenarai pendek akan dijemput ke sesi pemilihan bagi tujuan untuk menentukan kesesuaian mereka dengan jawatan yang dipohon.
Sekiranya permohonan tidak dijawab dalam masa 6 (enam) bulan dari tarikh tutup iklan, permohonan dianggap tidak berjaya.
Tarikh Tutup Permohonan: 6 Disember 2012