Jawatan Kosong Di UTM (RMC)



1. PEMBANTU TADBIR (PERKERANIAN/OPERASI) – N17

Jadual Gaji Matriks : 
  • P1 RM927.03 – RM2,526.03
  • P2 RM985.15 – RM2,662.93
  • P3 RM1,044.97 – RM2,804.68
Calon bagi lantikan hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut : 
  • Warganegara Malaysia;
  • Berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan;
  • Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan; (Gaji permulaan ialah pada gred N17 : P1- RM927.03) : dan
  • Kepujian Bahasa Malaysia/Bahasa Melayu (termasuk lulus Ujian Lisan) dan Bahasa Inggeris pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan.
  • Keutamaan diberikan kepada calon lelaki dan boleh melapor diri dengan kadar segera tanpa perlu menunggu notis 1 bulan.
 CARA MEMOHON 
  • Permohonan hendaklah menggunakan Borang Permohonan UTM
  • Salinan sijil-sijil akademik, transkrip dan dokumen berkaitan yang telah disahkan hendaklah disertakan semasa memohon.
  • Permohonan yang tidak menurut peraturan, tidak lengkap dan diterima selepas tarikh tutup tidak akan dipertimbangkan.
Permohonan hendaklah sampai kepada :

PUSAT PENGURUSAN PENYELIDIKAN
UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA
81310 UTM JOHOR BAHRU
JOHOR
(U/P : PN. SABRINA BINTI IBRAHIM)

Tarikh Tutup : 12 November 2012

NOTA : 
  • Taraf jawatan adalah SEMENTARA.
  • Sila tulis nama jawatan yang dipohon di sebelah kiri sampul surat.
  • Hanya calon yang layak selepas tapisan sahaja akan dipanggil untuk temuduga.
  • Permohonan yang tidak menerima sebarang jawapan selepas enam (6) bulan dari tarikh tutup iklan adalah dianggap tidak berjaya.
Sumber iklan : http://web.utm.my/rmc/job-vacancy/73-job-vacancy/247-job-vacancy-rmc-utm-november-2012.html